Jumaat, 22 Mac 2019

TERAPI MANDI AIS

Rupanya banyak kelebihannya bila amalkan terapi mandi ais ni.Lebih-lebih lagi untuk kesihatan diri dan dalaman.Jika ada rasa badan cukup lesu,bisa-bisa,lenguh sendi,susah tidur,sakit belakang dan sebagainya boleh cuba amalkan terapi mandian ais ini.Ia salah satu ikhtiar untuk memulihkan kesihatan diri malah dikatakan mampu menghindarkan daripada gangguan.


Bila badan penuh angin,badan penuh bisa-bisa,beginilah cara menghilangkan bisa dalam badan,lenguh sendi,sakit belakang,sakit kepala,susah tidur malam dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan gangguan makhluk halus.


Buka peti ais tengok ada limau nipis..


Bahan Yang Diperlukan:


5 biji@lebih limau nipis

Baldi

Air Kolah masjid (jika ada)

Ketulan Ais


Cara-Caranya:


1.Ambil limau nipis dan dipotong dua.

2.Kemudian perahkan limau nipis tersebut di dalam baldi.

3.Masukkan sedikit air kolah masjid di dalam baldi.

4.Letakkan ais,pastikan air itu menjadi sejuk.


Bila air dah sejuk,sebelum mandi baca:


Al-Fatihah 7 kali

Bismillah5 7 kali

Al-Ikhlas 7 kali

Selawat 3 kali


Jika mandi di bilik air,sebaiknya angkat baldi itu baca di luar terlebih dahulu..Selesai baca mandi air tersebut..Jika tak tahan sejuk mulakan dari kaki ke atas kepala. Namun jika tahan sejuk mandi sahaja dari kepala,lebih kan siram Mandi belakang tengkuk belakang.


Cara begini jika diamalkan,jika angin banyak dalam badan Insha Allah akan keluar,jika ada gangguan makhluk halus InshaaAllah akan berkurangan..Sifat Jin memang tidak tahan dengan Sejuk..Jin dijadikan dari  API..


Kesannya:


Sekiranya lepas mandi ada rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk,rasa loya,pening,nak muntah,sendawa, itu maknanya di dalam tubuh ada gangguan.Saya nasihatkan segera dapatkan rawatan Islam berhampiran..Jika dalam badan ada gangguan yang lama selepas mandi badan akan jadi penat dan tak bermaya.


Waktu Mandi:


Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit buang angin bisa dalam badan.

Disarankan mandi sebaiknya selepas subuh atau sebelum maghrib..Sekiranya amalkan buat mandian ini 3 hari sekali Insha Allah izin Allah badan akan rasa lebih segar..Badan dan kepala juga akan menjadi ringan..


Jika kerap sakit belakang,sakit kepala,sakit sendi bisa dalam badan sesuai amalkan mandi ais ini sekurangnya 3 hari.


Semua itu atas keyakinan diri sendiri..Izin Allah InshaaAllah sembuh..Kita hanya ikhtiar,kesembuhan semua atas izin Allah..


Sementara itu,berikut adalah antara tanda-tanda ada gangguan makhluk halus:


1.Sakit belakang berat tengkuk.

2.Sakit kepala kerap maigrin.

3.Sakit seluruh sendi badan.

4.Sakit Dada dan kerap sesak nafas.

5.Dahi rasa berat cepat mengantuk siang hari.

6.Kerap kembung perut,sedawa angin.

7.Berdebar-debar tanpa sebab bila tiba waktu maghrib.

8.Badan jadi panas demam bila masuk waktu maghrib.

9.Kitaran haid tidak menentu bagi wanita.

10.Perut sakit seolah di hiris-hiris.

11.Cepat panas baran.

12.Suka bersendiri.

13.Cepat naik angin terutama orang paling rapat dgn kita suami isteri.

14.Sukar tidur malam gelisah dan kerap tersentak ketika tidur.

15.Kerap ditindih ketika tidur.

16.Kerap terdengar bisikan makhluk halus.

17.Di atas bumbung rumah kerap dibaling pasir dan bunyi guli.

18.Kerap terbau busuk,kemenyan dll

19.Kerap ternampak kelibat bayangan hitam.

20.Kerap bermimpi bermain budak kecil dan menyusu budak.

21.Kerap bermimpi jatuh dari tempat tinggi.

22.Kerap bermimpi tempat kotor busuk.

23.Kerap bermimpi sesat dlm hutan.

24.Kerap bermimpi binatang berbisa,ular jengking lipan.

25.kerap mimpi orang mati.


Copy and paste

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips aura

 Assalamulaaikum selamat pagi,  Izinkan saya  nak share Tips aura semoga mendapat rezeki yang berlimpahan ....biiznillah  Tips 1  ✅apabila b...