Sabtu, 13 Februari 2021

Rawatan sihir



rawatan sihir

Rawatan sihir Apakah sihir ? 

 Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. 
Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam. Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut: 
 Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. 

Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana berbahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah berpaling daripada Allah, maka kitab-kitab tentangnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang wujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani. 

 Ilmu hitam yang dapat diamalkan masyarakat Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut: Melindung diri Kebal Perubatan Mendapatkan kelebihan kesaktian Pengasih - Sejenis ilmu hitam yang dapat membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap seseorang. 

Perapun Gagah Perangsang Penderas Pukau Mengawal/Memusnahkan musuh Penunduk: Digunakan untuk menundukkan orang lain seperti nasi tangas untuk menundukkan suami. 

Tuju - Jampi-jampi yang membuat orang sakit. Juga menggunakan alatan lain seperti telur layang (telur yang telah dijampi) untuk menyakiti orang dan boleh membawa maut. 

Pelalau — sihir untuk mencerai-beraikan suami isteri Pelalai

 Cuca - Jampi yang boleh menundukkan musuh atau yang dapat mengubati luka. Meramal masa hadapan Alimun 
 Sihir yang diamalkan boleh dikelaskan menurut beberapa kelompok seperti berikut:- 
 Saka - Menggunakan jin/shaitan - kadam, toyol, datuk, suruhan, roh orang mati, hantu dll. 
Azimat Menggunakan mentera,jampi, serapah - ayat-ayat tertentu. 

Mereka yang merawat sihir biasanya melalui beberapa kaedah atau cara:- 

 Menggunakan ayat-ayat suci Menggunakan kuasa dalaman atau tenaga batin Menggunakan bantuan makhluk halus lain. Pengamal perubatan Melayu yang merawat mangsa sihir boleh digolongkan kepada beberapa bahagian seperti:- Pawang - Dukun - Bomoh - Orang alim - melalui penggunaan ayat-ayat Al Quran. 

 ANTARA SIMPTOM-SIMPTOM SIHIR DAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS Berikut adalah antara tanda-tanda seseorang itu telah mengalami masalah gangguan jin atau pun disihir: 
1. Sering bermimpi mengenai makhluk yang menakutkan . 
2. Selalu bermimpi mengenai haiwan berbisa seperti ular, kala jengking, lipan. 
3. Mendengar suara menghasut membuat perkara buruk.
 4. Terasa dihempap atau ditindih ketika tidur. 
5. Terasa membuat hubungan jenis dengan makhluk halus. 
6. Melihat lembaga seperti bayi atau kanak-kanak di dalam mimpi.
 7. Sering kacip gigi atau kedengaran gigi berbunyi semasa tidur. 
8. Terasa kaki bagai disentap atau ditarik ketika tidur. 
9. Mendengar suara menyergah ketika sedang tidur. 
10. Mimpi melihat tanah perkuburan. 
11. Bermimpi berkenaan benda tajam seperti jarum, gunting, pisau, buluh runcing.
 12. Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi atau jatuh ke dalam gaung. 
13. Bermimpi melihat benda yang menjijikkan, kotor dan sebagainya. 
14. Bermimpi berada di tempat ibadah orang bukan Islam dan berjumpa dengan sami, bomoh, paderi, salib 
15. Sakit kepala luar biasa 
16. Sakit perut atau sakit di bawah rahim tanpa sebab. 
17. Terasa bagai memikul sesuatu di atas belakang sehingga lenguh 
18. Jantung berdebar dengan tiba-tiba. 1
9. Takut menziarahi orang mati. 
20. Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
 21. Pengsan atau dirasuk dengan tiba-tiba. 
22. Rasa lenguh-lenguh di bahagian anggota tubuh badan. 
23. Sakit tulang belakang hingga ke pangkal kepala. 
24. Gelisah ketika mendengar Al Quran dan azan. 
25. Terasa bagai dalam keadaan nazak atau rasa sesak nafas. 
26. Was-was mengenai keimanan diri sendiri. 
27. Terasa diekori oleh lembaga.
 28. Melihat kelibat atau bayang-bayang. 
29. Terasa diperhati oleh sesuatu 
30. Susah hendak tidur pada waktu malam. 
31. Pendarahan yang luar biasa 
32. Dan lain-lain simptom yg luar biasa. 

 Rawatan Sihir pemisah jarak jauh Apakah konsep sebenar dalam teknik pandangan/'scan' dan rawatan jarak jauh? Secara amnya, alam kerohanian seorang manusia adalah merangkumi dan meliputi seluruh lapisan alam tenaga dan material yang terbentang di alam semesta. 

Walaupun secara fizikalnya manusia itu mungkin berada pada tempat yang berbeza, namun secara rohaninya tenaga mereka sentiasa berada di dalam ruang yang sama dan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berhubung antara satu sama lain. Manakala dari sudut alam fizikal pula, manusia itu sentiasa memancarkan corak tenaga rohani masing-masing tanpa mereka sedar.

 Jadi dalam teknik pandangan/'scan' jarak jauh, perawat sebenarnya sedang mengesan dan membaca kerohanian pesakit melalui pembiasan tenaga rohani yang dipancarkan pesakit. Masalah pada pesakit boleh dibaca melalui corak pembiasan tenaga rohaninya sama ada tenaga rohani pesakit berada pada tahap yang kasar, halus atau memiliki kitaran tenaga yang lancar atau lambat dan tersekat. Penaakulan atau bacaan tenaga rohani ini mampu pergi ke tahap yang lebih terperinci mengikut ilmu kefahaman dan pengalaman perawat. 

 Manakala dalam konsep rawatan jarak jauh pula, teknik rawatan ini langsung tidak melibatkan apa-apa ritual dan upacara seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Seperti yang telah diterangkan di atas yang mana kerohanian setiap manusia sedang berada pada ruang yang sama dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk berhubung, maka apabila pesakit dan perawat masing-masing bersetuju dengan syarat yang dikemukakan kedua belah pihak maka kerohanian antara pesakit dan perawat akan mula terhubung antara satu sama lain. 

Apabila kerohanian antara perawat dan pesakit mula terhubung, maka secara tidak langsung kerohanian perawat akan memulakan rawatan dan proses kerohanian terhadap kerohanian pesakit mengikut kemampuan kerohanian perawat tersebut. Adalah lumrah bagi manusia zaman kini yang tidak kenal dan tahu tentang kerohanian masing-masing dan kemampuannya. Apabila kesedaran rohani semakin kurang, maka kualiti manusia itu sendiri semakin terbatas dan lemah. Mentaliti manusia akhirnya membuatkan kerohanian mereka terbatas kepada ruang dan tempat. Sedangkan tenaga rohani itu jangkauannya adalah lebih jauh dan luas dari kemampuan tenaga minda manusia itu sendiri.

 Bermaksud selagi minda dan pemikiran manusia mampu memikirkan seseorang atau memikirkan sesuatu tempat yang jauh, maka tenaga rohaninya mampu bergerak lebih pantas dan jauh dari tenaga mindanya itu. Kesimpulannya, tiada istilah batasan dalam teknik pandangan/'scan' dan rawatan jarak jauh selagi perawat tahu sasaran masing-masing, sama ada melalui nama, gambar atau lain-lain yang hanya bertindak sebagai penunjuk arah sasaran semata-mata.

 Adalah satu kesalahan dan kesilapan sekiranya manusia beranggapan bahawa hanya ilmu hitam atau sihir sahaja yang mampu dilakukan secara jarak jauh, tetapi bukan ilmu haq kerohanian. Rawatan sihir jarak jauh Rawatan sihir pemisah Jika pasangan anda tiba-tiba mengalami masalah panas baran, walhal dia bukan seorang yang bersikap demikian, anda perlu berhati-hati. Ini adalah merupakan tanda-tanda awal pasangan terkena sihir pemisah rumahtangga. 

 Selesaikan panas baran dulu Masalah panas baran ini merupakan faktor yang paling penting untuk diambil perhatian. Selama pasangan terus bersikap panas baran, anda tidak akan sembuh dari masalah sihir pemisah rumahtangga ini. Kenapa mesti panas baran dulu? 

Jika seseorang pesakit tidak mampu kawal emosi, ia akan memberikan ruang yang mudah untuk sihir & jin masuk ke dalam jantung anda. Jantung ini bila sudah tidak terkawal, ia akan mengeluarkan aura yang negatif meskipun kepada orang yang kita kasih. Oleh itu, anda akan jadi benci pada seseorang secara tiba-tiba.

 Oleh itu, iblis akan timbulkan sesuatu yang menyebabkan pasangan sentiasa panas. Kalau masalah itu tak ada sekalipun, ia akan cuba ada-adakan supaya kemarahan terus berlangsung. Bila kemarahan pasangan terus berlangsung, maka selama itulah pasangan akan mudah dikuasai oleh jin & iblis. Ini adalah strategi iblis dalam melakukan kerja-kerja sihir pemisah rumahtangga. Doa Panas Baran Doa panas baran mestilah anda amalkan setiap waktu. Anda boleh boleh amalkan doa ini ini. Klik di sini Doa ini juga berfungsi menyelesaikan masalah perselisihan suami isteri termasuk anak, kaum keluarga, ibu mertua, ayah mertua dan juga adik beradik. 

 Saya doakan moga dengan doa ini akan dapat anda menyelesaikan masalah panas baran yang menjadi tercetusnya sihir pemisah rumahtangga. Jika dah amal tapi tak okey? Masalah ini juga berlaku bila seseorang tak pandai nak baca doa, al-Quran, nak belajar pun kadang tak sempat disebabkan kesedihan, kemarahan yang sentiasa mengganggu jiwa. Jika dalam tempoh mengamalkan anda masih gagal untu bendung kemarahan dan masalah sihir pemisah rumahtangga. Namun saya nasihatkan, anda kenalah berusaha untuk belajar doa yang saya ajar ini.

 Tanpa doa ini, akan membunuh semangat untuk anda sembuh & pulih sepenuhnya. Rawatan sihir kunci nafsu Sihir pemisah (sihir tafriq) atau dipanggil sihir pelalau penghalang jodoh adalah satu jenis sihir yang dibuat untuk memisahkan hubungan pasangan kekasih, suami isteri atau pun ahli keluarga sehingga wujudnya kebencian serta permusuhan dan berlakunya perbalahan atau pergaduhan di antara mereka. Bagi suami dan isteri pula, penceraian selalunya terjadi jika terkena sihir ini yang biasanya dihantar oleh seseorang yang bertujuan dan berniat jahat. 

 Amalan ilmu hitam dan juga sihir pemisah suami isteri ini adalah satu perbuatan yang dilakukan untuk merosakkan hubungan orang dan dengan cara ini penghantar sihir telah memuja dan mendekatkan dirinya serta meminta tolong daripada jin, iblis dan syaitan dengan menggunakan jampi serapah, tangkal atau mentera bagi mendatangkan kesan yang buruk kepada orang yang ingin disihirnya. Kisah Pasangan Terkena Sihir Pemisah Seorang ustaz dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin telah berkongsi bagaimana pesakitnya seorang perempuan yang datang bersama suaminya untuk membuang sihir yang dialaminya iaitu sihir pemisah yang dikatakan hampir merosakkan rumah tangga mereka. 

Si isteri begitu membenci suami sehingga langsung tidak dapat bersama walaupun tinggal sebumbung. Cara rawatan sihir pemisah pembenci jarah jauh Benda atau tangkal yang dipercayai digunakan untuk membuat sihir pemisah hubungan pasangan suami isteri. Pada minggu ini ramai yang datang kerana terkena sihir pemisah. Yang menyedihkan pasangan suami isteri yang telah berkahwin sejak 4 tahun langsung tidak dapat bersama.

 Apabila mereka ingin bersama tiba-tiba si suami tiada nafsu dan ianya berlarutan sehingga 4 tahun lamanya. Sebelum ini mereka sangkakan hanya penyakit biasa serta pergi mengurut dan dapatkan rawatan hospital, namun tiada sebarang perubahan. Suami kerap kali menjadi seperti tiada nafsu apabila hendak bersama dan isteri pula menjadi cepat marah walaupun hanya perkara kecil berlakunya pergaduhan dan suamilah menjadi tempat isteri melepaskan kemarahan. walau bagaimanapun, apabila mereka berjauhan, isteri sangat-sangat merindui suaminya. Rawatan sihir pemisah Jarak jauh percuma Selalunya sihir pemisah ini ditujukan kepada suami isteri.

 Hubungan yang intim tiba-tiba menjadi dingin dan asyik bertelagah sesama sendiri tanpa sebab yang munasabah. Memang kadang kita tidak perasan. Tetapi cuba kita selidik dan dalami mana tahu kot-kot terkena ilmu sihir pemisah ke... Kita kadang tidak tahu, mungkin ada orang dengki dengan kebahagiaan rumahtangga kita ke... bekas kekasih yang tidak puas hati ke... macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Apabila dah terasa lain macam, cepat-cepatlah pergi berubat dan dapatkan rawatan tradisional supaya ianya tidak melarat dan mengakibatkan penceraian.

 Dari Jabir r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan atau gangguan. Seorang dari mereka berkata, "Aku telah melakukan perkara ini dan itu", maka berkata Iblis, "Kamu tidak melakukan apa-apa", Kemudian seorang lagi datang dan berkata, "Aku tidak meninggalkannya (manusia) sehingga aku pisahkan antara suami dan isterinya", Iblis berkata, "Ya, kamulah (yang betul hebat)". (Riwayat Muslim) Hadis ini menjelaskan, iblis dan bala tenteranya menjadikan pasangan suami isteri sasaran utama misi mereka untuk memecah belah anak cucu Adam. Menjadi kebanggaan mereka sekiranya terjadi pergaduhan dan penceraian antara pasangan yang berumah tangga. . .

 Di sini Saya kongsikan maklumat tentang SIHI RPEMISAH Apa itu sihir pemisah? Sihir pemisah merupakan sihir yang seringkali dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu selalunya berkaitan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Sihir ini juga dikenali sebagai sihir 'at-Tafriq' dan mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci. Ia lebih fokus kepada pasangan suami isteri agar hubungan bermasalah dan penceraian. Ibnu Kathir menjelaskan setiap pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan mengakibatkan pandangan suami atau isteri terhadap pasangannya disihirkan sehingga kelihatan hodoh atau buruk sama ada dari rupa paras atau perilaku. Antara medium yang digunakan untuk menjayakan sihir adalah menggunakan barang berkaitan dengan mangsa seperti gambar atau pakaian, air atau minyak dijampi dan dicalitkan kepada mangsa atau diletakkan di laluan lokasi mangsa atau dimasukkan ke dalam makanan mangsa tanpa disedari. Sebenarnya apa yang digunakan hanya hiasan luar oleh pengamal sihir untuk mengaburi mata pelanggan. Pengamal sihir sebenarnya menggunakan jin simpanan atau belaan sebagai pengantara ilmu sihir mereka.

 Apabila pengamal sihir menghantar sihir kepada seseorang, mereka sebenarnya menghantar jin yang telah membuat ikatan taat setia kepada mereka. Jin yang dihantar memasuki tubuh mangsa dan melakukan kerosakan dalam badan manusia. Jin tersebut mempengaruhi pemikiran, emosi dan nafsu manusia bagi melakukan perkara yang dikehendaki pengamal sihir. . . 

Antara SIMPTOM yang sering diberitahu pesakit yang terkena SIHIR PEMISAH atau PEMBENCI ini adalah seperti berikut: 
♦️ Timbul rasa benci amat sangat tanpa sebab jelas pada salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya sekali.
 ♦️ Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab atau sebab kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak yang menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir. 
♦️ Timbul rasa was-was syaitan dalam hati menyebabkan isteri takut mendekati suami. Seolah-olah suami hendak menganiayai isteri atau sebaliknya. 
♦️ Timbul rasa cemburu melampau hingga menyebabkan isteri berang kerana syak suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Ini menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran suami atau tidur sebilik. 
♦️ Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di samping, dan merasa lega sebaik saja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.
 ♦️ Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa menakutkan atau sentiasa marah dan bengis atau suami melihat isteri kelihatan hodoh. Apa yang dilakukan serba tak kena. 
♦️ Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab. Dalam hati timbul bisikan yang dia telah melafazkan cerai, padahal suami tidak berhasrat. Kadang-kala lafaz cerai benar-benar keluar dari lidah seolah ada kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri kadang-kala meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami dalam keadaan tidak terkawal dan membawa kepada pergaduhan. ⚠️ Sekiranya ada banyak daripada tanda-tanda di atas, 


ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir Amalkan Ayatul KURSI 170/313 kali dan bacakan pada air serta dibuat mandi serta minum ....insyallah Akan terlerai suhir pemisah ini ...insyallah

Jumaat, 12 Februari 2021

Pengalaman rawat pesakit

 Baru baru ni lakukan rawatan kat seorang pesakit teruk juga sakitnya dimaklumkan 20 tahun kena sakit ....tak boleh nak solat kalau solat muntah ....masyaalah ....


Dia cakap ramai org maklumkan dia ada saka .... 

Tapi bila saya check ia bukan saka ia adalah sihir lama ... 


Dia maklumkan emaknya sakit macam nak jadi gila ...tapi dah ubat sembuh.... tak tahu sebab apa sakit tu .... Takpa cuba rawat dulu tgk ...saya buang dari jauh .... 


Buang sihir tu guna ilmu lain ....repair dan bersih aura tu guna ilmu lain gabung ilmu ....


Esokkan hari dah boleh tidur sukur tapi malam tu ...saya lak mimpi ....seekor  yang garang serang rombongan saya ....


Serangannya mudah ular terbang masuk dalam mulut ....mati 2 orang dalam  rombongan...saya sempat tutup mulut takut dia masuk .....lepas tu trsedar .....


Ular tu besar macam tedung selar dewasa tu .... Perhhhh ...memang bahaya rawat sakit pesakit ni ...gadaiannya adalah nyawa .....


Cuma nak bagi petua kalau nak tidur amalkan Bimillahirahmanirrahim 41 kali ...ni agak power sikit ...insyallah

Rawatan sihir jarak jauh

Rabu, 10 Februari 2021

Rawatan islam jarak jauh

Rawatan Islam 

 'Wahai sekalian ORANG-ORANG BERIMAN! Mintalah PERTOLONGAN dengan BERSABAR dan dengan (mengerjakan) SOLAT: kerana sesungguhnya ALLAH MENYERTAI (menolong) ORANG-ORANG YANG SABAR.'' (Al-Baqoroh: 153) Sesungguhnya tidak ada batasan atau lingkugan had bagi kuasa Allah yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkan sebarang penyakit atau menyelesaikan sebarang masalah. 

Solat Hajat dan Doa dari orang yang beriman dan beramai soleh serta berterusan pastinya akan memberi sinar kepada kegelapan yang anda alami. 

 Rawatan Solat Hajat (atau juga dikenali sebaga Rawatan Jarak Jauh) yang kami praktikkan adalah dengan menggabungkan beberapa ibadah seperti Solat Hajat, Bacaan Ayat Suci Al-Quran, Zikirullah dan Doa-doa Mustajab. Solat Hajat, Doa-doa Mustajab dan Sedeqah juga boleh  kami laksanakan.

 Segalanya adalah bertujuan untuk memohon pertolongan dan keredhaan Allah SWT agar apa jua Penyakit atau Masalah akan segera mencapai kesembuhan, In shaa Allah. 

Rawatan Rumah & Premis Perniagaan ''Dan jika Syaitan menganggumu dengan suatu gangguan, maka MOHONLAH PERLINDUNGAN KEPADA ALLAH. Sesungguhnya Dia- lah Yang MAHA MENDENGAR lagi MAHA MENGETAHUI.'' (Fussilat: 36) 

 Masanya telah tiba untuk mengubah suasana agar menjadi lebih selesa, harmoni dan produktif. Dapatkan rawatan berjemaah di rumah atau premis perniagaan anda untuk menghapuskan segala bentuk gangguan jin, syaitan, sihir, ilmu hitam, lintasan dan cas-cas negatif yang membawa kepada kesedihan, kesakitan, kemarahan dan kemerosotan produktiviti. Segalanya adalah bertujuan untuk memohon pertolongan dan keredhaan Allah SWT agar apa jua Penyakit atau Masalah akan segera mencapai kesembuhan. 

. Kami sedia membantu anda. 

 '' Tiap-tiap PENYAKIT itu (ADA) UBATNYA. Apabila MENEPATI UBAT TERHADAP PENYAKIT tersebut, maka SEMBUHLAH DENGAN IZIN ALLAH.'' (HR Muslim dan Ahmad) Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ''ALLAH menurunkan PENYAKIT dan menurunkan pula UBATNYA, DIKETAHUI OLEH YANG MENGETAHUI DAN TIDAK AKAN DIKETAHUI OLEH ORANG YANG TIDAK MENGERTI.'' (HR Al-Bukhhori dan Muslim) Kami sedia membantu anda. HUBUNGI KAMI BORANG RAWATAN & RUNDINGAN 

 Penyakit Dan Masalah Yang Dirawat 

Berikut adalah rundingan dan rawatan yang kami sediakan untuk membantu anda : 
 Gangguan Jin /
 Hantu Gangguan Saka
 Gangguan Di Rumah / Kedai / Pejabat Terkena Sihir /
 Ilmu Hitam Santau Badi Buang Susuk Gila Islm /
 Salah Menuntut Histeria / Kerasukan
 Panas Baran
 Kemurungan
 Bipolar Disorder
 Anxiety Disorder 
Schizophrenia 
Stress 
Sakit Rindu / 
Gila Bayang 
Hilang Semangat Masalah 
Dalam Perniagaan Masalah Rumahtangga 
/ Sering Bergaduh
 / Pasangan Curang 
/ Gangguan Orang Ketiga 
Masalah Bakal Pengantin Masalah
 Berat Jodoh 
Remaja Degil / Liar Lari Dari Rumah 
Ketagihan Dadah Migraine /
 Sakit Kepala Kanser Ketumbuhan Lumpuh
 / Stroke Penyakit Kulit Lemah Tenaga Syahwat /
 Mati Pucuk Sukar Mendapat Zuriat /
 Sesak Nafas 


 Daripada Jabir bin Abdullah, dari Nabi SAW telah bersabda (yang bermaksud) :

 '' Tiap-tiap PENYAKIT itu (ADA) UBATNYA. Apabila MENEPATI UBAT TERHADAP PENYAKIT tersebut, maka SEMBUHLAH DENGAN IZIN ALLAH.'' (HR Muslim dan Ahmad) Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ''ALLAH menurunkan PENYAKIT dan menurunkan pula UBATNYA, DIKETAHUI OLEH YANG MENGETAHUI DAN TIDAK AKAN DIKETAHUI OLEH ORANG YANG TIDAK MENGERTI.'' (HR Al-Bukhhori dan Muslim) PUSAT RAWATAN ISLAM AR-RAHMAN. Kami sedia membantu anda.

Hubungi Master Syed 0126780076

Sabtu, 6 Februari 2021

RAWATAN BEDAH AURA

Rawatan islam ,rawatan aura

 RAWATAN BEDAH AURA

Rawatan tambahan ni untuk bedah aura...

Rawatan aura kena dibuat sentiasa ...untuk buka semula chakra aura yang major ...major atau utama tu ada tujuh .... Yang chakra minor tu ada banyak ...

Manusia ni ada lebih kurang 365 cakra .... Yang utama ada 7 ......

Apa yang penting sangat bersihkan aura diri ni ?

1. Ingat setiap cakra yang tidak berfungsi akan menyebabkan kesan pada fikiran dan tarikan pada alam semesta ..contoh rezeki susah ...apa cakra yang terlibat ...ia adalah cakra dasar warna merah tuuuu.....

Repair cakra tu secara keseluruhan ...fikiran akan jadi tenang ....dan baru ia akan makin senang untuk mendapat rezeki....Apapun semua dengan izin Allah ...sambungan ...










Khamis, 4 Februari 2021

Testimoni masalah anak lari rumah

rawatan anak lari dari rumah

 Testimoni anak lari dari rumah 


Ibu mana tak sayang anak .... Anak mana fikir perasaan ibubapa ....kalau dia nak keluar rumah ...dia main keluar jee... 


Jadi apa perlu dilakukan ya.... Kalau kes macam ni .....

Rahsianya :::;

1.Kena ambil baju yang belum basuh 

 2. Azankan kat baju tu dan niatkan anak tu balik 

3. Gantung kat tempat berangin 

4.Selalu pandang baju tu dan panggil dalam hati nama anak tu dengan penuh kasih sayang


.......apapun semua dengan izin Allah ....


Hubungi Master Syed 0126780076


Tips aura

 Assalamulaaikum selamat pagi,  Izinkan saya  nak share Tips aura semoga mendapat rezeki yang berlimpahan ....biiznillah  Tips 1  ✅apabila b...