Jumaat, 10 November 2017

Power of doa

POWER OF DOA

Power of Doa. 

Saya bukan ustaz atau orang-orang alim, tetapi saya rasa nak share sesuatu tentang konsep doa yang saya amalkan dalam mengejar “kejayaan hidup”. Ramai orang berdoa, tetapi cuba renung balik doa-doa tersebut. Ada yang selepas solat, doa terlalu rambang.

Contoh,

“Ya ALLAH, murahkanlah rezeki aku”

“Ya ALLAH, kayakanlah aku”

“Ya ALLAH, bagi lah aku hidup senang”

“Ya ALLAH, bagi aku duit banyak”

“Ya ALLAH, bagilah aku berjaya”

Doa-doa macam ni memang bagus dan betul. Tetapi kita sepatutnya menggunakan channel doa ni dengan lebih tepat dan berkesan. Saya dulu pun macam tu. Lepas solat, kadang-kadang busy sangat dengan urusan dunia. Nak kaya. Nak berjaya. So doa saja. Asalkan doa. Tak tahu, sebenarnya ada effect yang sangat penting dalam kejayaan dengan kita “berdoa”. Siap baca doa pun berlagu, apa pun tak faham.

Dalam hidup ni, kita mungkin ada plan, cita-cita. Impian. Gunakan doa sebagai positive vibe yang dapat berikan kita lebih fokus untuk capai matlamat hidup.

Contoh doa sebelum ini.

“Ya ALLAH, murahkanlah rezeki aku”  - nak murah rezeki banyak mana?

“Ya ALLAH, kayakanlah aku” - nak kaya sampai tahap mana?

“Ya ALLAH, bagi lah aku hidup senang” - nak senang tahap mana?

“Ya ALLAH, bagi aku duit banyak” - nak berapa banyak? 100K, 1 juta, 8 juta?

“Ya ALLAH, bagilah aku berjaya” - apa takrifan berjaya?

Bukan nak cakap yang ALLAH tak tahu apa dimaksudkan, sebab ALLAH MAHA MENGETAHUI. Tetapi sangat rugi kalau kita tak guna kuasa doa. Kalau kita doa lebih spesifik, maksudnya kita pun bersungguh-sungguh doa. Berdoa. Meminta dari Sang Pencipta. Kita berdoa tanda kita ni hamba, perlukan pertolonganNya. Lebih sepesifik maksudnya lebih bersungguh-sungguh.

Katakan orang tu dalam bisnes, dia target sales 1 juta. Ada plan, timeframe nak capai target. Jadi doalah “ YA ALLAH, permudahkanlah jalan aku untuk capai sales 1 juta sebelum January 2016.”

Katakan takrifan kita “berjaya” adalah dengan berjaya beli 1 rumah banglo. Jadi doalah “ YA ALLAH, permudahkanlah bisnes aku mencapai sales 10 juta, untuk aku dapat beli lot banglo kat tengah2 Kuala Lumpur yang aku dah target tu”

Duit banyak? target ada cash 100k dalam bank. “ Ya ALLAH, bagilah produk aku laku keras dan aku dapat jual 50,000 Unit untuk bagi aku untung 100k cash nanti.”

Lebih target. Lebih spesifik. 1 hari 5 kali sehari kita sebut bersungguh-sungguh. Kita sebut doa-doa positif ini. Jadi ia akan jadi sebuah fokus meresap ke jiwa, yang mana kita akan drive diri, tenaga, usaha untuk capai apa yang kita hajati dengan izin ALLAH.

Sebab tu orang-orang tua pernah kata, jangan sebut benda-benda negatif selalu, nanti jadi “doa”.

Jangan salah sangka, yang saya sebutkan ini target di pasal kejayaan bisnes. Ada orang target lain. Konsep sama. Dalam bab keimanan dan akhirat, boleh fikir sendiri dah kan.

Alhamdulillah. Sebut di mulut sudah lama impian nak pakai Merc sebelum umur 30 sejak tahun 2010 lagi. Tahun 2013 bersungguh-sungguh doa spesifik. Tengah tahun 2015 dapat pakai lepas tunggu booking hampir 6 bulan dari Cycle Carriage dan sekarang umur saya baru menjejak ke 29 tahun. Impian tercapai.

Orang kata “Law of Attraction”. Saya kata "Power of Doa" dan rezeki dari ALLAH.

Ok, next target pulak untuk 2017. InshaALLAH!

Copy paste dr FB untuk rujukan

5 TEKNIK RAHSIA KEKAYAAN

5 penyakit minda dan 5 teknik menggunakan kuasa minda bawah sedar

Tahu tak ,kebanyakan manusia hanya menggunakan 10% daripada 100% otak mereka kerana masih banyak sel-sel otak yang masih belum diterokai mungkin disebabkan persekitaran yang mereka tinggal,makanan yang di makan cara hidup yang terlalu bebas dan mengikut nafsu dan perasaan dan juga kurangnya ilmu pengetahuan,terutamanya pengatahuan yang berkaitan dengan agama dan tidak beramal dengan ilmu yang ada. 

Jom pelajari 5 tanda kita gagal menguasai minda: 

1. KITA TIDAK PERNAH SERONOK DENGAN APA YANG DILAKUKAN.

Perkara ini sering kita lihat pada mereka yang sentiasa tertekan apabila melakukan sesuatu. Apabila kita tidak menyukai perkara yang kita lakukan maka ini bermaksud kita telah dikawal oleh minda. 

2.KITA MUDAH MENGALAH KITA AKAN MUDAH MENGALAH APABILA MENGHADAPI SEBARANG MASAALAH .

Situasi ini dapat dilihat apabila kita mudah membuat keputusan untuk berundur terlampau awal apabila berhadapan dengan cabaran dan rintangan. 

3. KITA SENTIASA FOKUS PADA MASALAH MINDA YANG LEMAH 

juga memperlihatkan kita sentiasa fokus pada masalah dimana kita tidak pernah sesekali terfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya kalau kita mencari penyelesaiannya mungkin sudah lama kita jumpa penyelesaiannya tetapi kita tidak mencari penyelesaian masalah tersebut bahkan hanya memikirkan penyesalan akan masalah yang dihadapi. Apabila minda kita sentiasa fokus pada masalah, maka ia akan membawa kepada sifat-sifat negatif yang melibatkan emosi, persekitaran dan sebagainya. 

4. KITA TIDAK PERNAH KELUAR DARIPADA PERSEKITARAN NEGATIF APABILA KITA GAGAL MENGUASAI MINDA

maka secara tidak sedar kita telah membiarkan persekitaran negatif memasuki minda kita. Ini juga dapat dilihat jika kita sentiasa menilai sesuatu perkara dari sudut yang negatif atau dengan kata lainnya mudah bersangka buruk pada apa yang terjadi. 

5. KITA SUKAR MENUMPUKAN PERHATIAN TERHADAP SESUATU PERKARA 

Adakah kita seringkali mengalami masalah untuk fokus terhadap sesuatu perkara? Jika perkara sedemikian berlaku pada diri kita maka jelas sekali kita perlu mempertajamkan lagi minda kita kerana ciri-ciri mereka yang mudah hilang fokus adalah disebabkan penguasaan minda yang lemah. Jika ada diantara kelima-lima ciri ini bersangkut paut dengan diri kita, ia tidak bermakna kita perlu mengalah dan berserah kepada takdir. Tindakan yang perlu kita lakukan ialah mencipta perubahan dimana aspek penting yang perlu dinilai ialah memperkasakan minda kita terlebih dahulu dengan ilmu pengetahuan dan dengan cara beribadah dan hindari perkara dosa sebab ini adalah cara terbaik untuk mencuci hati dan minda. Dengan berbuat demikian, anda akan sedar bahawa perubahan positif yang ketara akan berlaku pada diri kita dari semasa ke semasa. ada matlamat? ada impian? ada hajat? ingat segala doa dan hajat kita mesti disusuli dengan berberapa langkah dan usaha Dibawah ini adalah satu pendedahan rahsia besar dari saya iatu 5 teknik menggunakan kuasa minda bawah sedar,tahu tak kursus-kursus latihan seperti ini sangat mahal yuran penyertaan untuk belajarnya bahkan ada yang mencecah ribuan ringgit untuk menghadiri seminar seperti ini,tetapi saya dedahkan secara percuma sepagai tanda penghargaan saya kepada sesiapa yang ingin benar mencari ilmu. (saya pon masih belum mahir mengunakannya jaz nak share)

5 TEKNIK MENGGUNAKAN KUASA MINDA BAWAH SEDAR: 

(alternatif mencapai impian) Kosongkan fikiran dan biarkan diri dalam keadaan tenang. Berikan kata semangat pada diri sendiri(dalam hati) seperti aku hebat,aku kaya,cantik,hensem dan sebagainya(rekalah dialognya sendiri yang berkaitan dengan hajat) bayangkan apa yang kita impikan itu akan dapat(dalam berberapa saat)sedang dapatnya(dalam berberapa saat)sudah pun mendapatkan apa yang di idamkan tersebut( dalam berberapa saat juga) Tarik nafas selama dalam kiraan 8 saat,tahan seketika dalam 8 saat kemudian lepaskan dalam 8 saat juga.(ulang sebanyak 3 kali/5 kali/7 kali/9 kali or (11 kali terbaik) Pejam mata (seeloknya 5 teknik ini cuba lakukan dengan serentak dalam satu masa) kemudian buka mata dengan senyuman seolah-olah memang benda yang diidamkan itu sudah berada didepan mata. sekurang-kurang tempoh latihan ini selama 15 minit sehari dan sebaiknya 1 jam 15 minit dalam sehari kalau nak cepat merasakan hasilnya dan semalas-malas pon seminggu sekali jangan tinggalkan melebihi 1 minggu kerana teknik ini seperti mengecas beteri dalam otak kita jika di tinggalkan lebih pada tempoh tersebut tenaganya akan jadi lemah semula. mudahkan tak perlu keluar modal hanya menggunakan fikiran tapi ingat apa yang saya pesan mesti disusuli dengan usaha insyallah SELAMAT MENCUBA

NAIK PANGKAT 

saya juga mempunyai pengalaman menarik tentang ilmu ini setelah melatihnya dari umur 16 tahun,saya mula melihat keajaibannya ketika umur 19 tahun apabila saya dinaikkan pangkat lebih awal dari pekerja yang lama berkerja di situ,sedangkan syarat yang pertama untuk kenaikkan pangkat disitu mengikut undang-undangnya ialah jika berkerja dari bawah mesti telah berkerja disitu melebihi 4 tahun dan mesti mempunyai sijil spm sekurang-kurangnya jika hendak dinaikan pangkat,kedua mesti lepasan diploma jika ingin memohon jawatan tersebut jika bukan dari pekerja bawahan . pertama saya berkerja di situ baru 1 tahun kedua saya tiada spm ketiga saya tiada diploma tetapi saya dapat jawatan itu dengan mudah kawan-kawan yang lain semua berasa pelik apa saya buat?ya apa yang saya buat ialah 5 teknik yang saya tuliskan diatas.

DAPAT RM 1000 DARI ORANG TAK DIKENALI

pengalaman kedua sewaktu saya berada di hospital sungai buluh selangor wad 4B menemani ayah saya,selama 2bulan duit pun sudah habis rm1000 lebih kerja tidak macam mana nak kerja ayah sakit duit tak masuk keluar lagi ada la..tiba-tiba doktor pakar kata mata ayah awak nak di tukarkan korneanya harga kornea itu 300USD bersamaan nilainya rm1300 dalam duit malaysia pada masa tu,dalam keadaan runsing saya selepas solat subuh di surau dan baca al-quran sikit mengulang balik ayat-ayat al-quran yang dihafaz selepas tu saya pun mencuba teknik diatas saya bayangkan dihujani dengan duit RM50 seperti teknik yang di jelaskan kemudian saya balik kebilik untuk jumpa ayah ada orang tak dikenali dengan baik hati bagi RM1000 macam tu je akhirnya dapat juga buat pertukaran kornea mata. 

mungkin anda merasa pelik saya juga rasa sedemikian sebenarnya banyak lagi pengalaman menarik yang membuktikan kebenaran potensi minda bawah sedar yang saya alami dua pengalaman diatas antara yang paling besar yang berlaku dalam sejarah hidup saya setelah begitu lama melatihnya dengan tekun,sabar dan percaya. perhatian saya ingatkan ini bukan ilmu sihir tetapi ia berkait rapat dengan sains , permikiran positif dan doa kerana firman allah didalam hadis qudsi :(sesungguhnya aku di sisi angkaan hambaku)huraian hadis ini ialah allah akan menjadikan apa yang kita fikirkan sesiapa bersangka baik maka akan mendapat kebaikan siapa bersangka buruk mendapat keburukan kerana apa yang kita cakap apa yang kita fikir itu adalah doa,doa tidak semestinya hanya mengangkat tangan tatkala apabila selesai solat bahkan fikir juga sebenarnya diketogerikan sebagai doa. pernah belajar ilmu tasawuf iaitu ilmu penyucian hati yang menceritakan tentang sifat-sifat mahmudah dan sifat-sifat mazmumah,sifat mazmumah terbahagi kepada 10 antaranya ialah berburuk sangka(suuuzzhon) lawannya sifat mahmudah iaitu bersangka baik(husnuzhon) di dalam ilmu ini mengajar kita supaya berfikiran positif bukankah permikiran positif itu adalah termasuk didalam sifat mahmudah yang di sebut sebagai husnuzzon(baik sangka)? itulah hikmahnya suruhan allah supaya berpegang kepada alquran dan as-sunnah kerana orang-orang yang berpegang dengannya akan dibukakan dengan pelbagai rahsia alam kepadanya.

Copy paste...

Khamis, 2 November 2017

Rawatan jarak jauh

Rawatan PERCUMA penyakit kritikal.....

tak salah mencuba.....  tak rugi apa apa.....  hubungi saya syed......

Tips aura

 Assalamulaaikum selamat pagi,  Izinkan saya  nak share Tips aura semoga mendapat rezeki yang berlimpahan ....biiznillah  Tips 1  ✅apabila b...